PROGRAM PERTUKARAN KUPON PARKIR FIZIKAL KEPADA KREDIT e-WALLET
DI APLIKASI MBJBSPOT
SYARAT-SYARAT PERTUKARAN
- Pengguna perlu KLIK DISINI atau imbas KOD QR PERTUKARAN KUPON yang boleh didapati :
- Pertukaran Kupon Sah bagi Kupon Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi kod A & B. Lihat Contoh
- Kupon belum pernah digores dan masih dalam keadaan baik di mana maklumat kupon boleh dibaca dengan jelas.
- Tempoh penggunaan buku kupon masih SAH laku mengikut tahun yang tertera pada buku kupon.
- Pertukaran Kupon berdasarkan jumlah kepingan.
- Nilai Kredit yang akan dikreditkan dalam akaun Pengguna atau Ejen adalah berdasarkan jumlah kupon yang ditukar dalam kepingan sepertimana berikut :
- Pelanggan
- 1 keping kupon RM0.40 bagi kupon setengah jam dan 0.60 bagi kupon satu jam.
- Pengguna perlu memuatnaik gambar setiap kupon dan gambar kupon mestilah jelas dan terang bagi memudahkan proses pengesahan. Lihat Contoh
- Gambar yang tidak jelas akan menyebabkan permohonan ditolak serta merta.
- Pengguna perlu mempunyai dan mendaftar akaun MBJBSpot untuk pihak kami membuat pulangan kredit. Untuk maklumat lanjut, sila layari Tutorial Pendaftaran.
- Proses pengkreditan nilai akan dilaksanakan dalam tempoh 3-5 hari bekerja selepas penerimaan bagi proses pengesahan kupon.
- Pihak MBJB berhak untuk menolak pengkreditan nilai sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
- Sebarang permasalahan boleh hubungi kami melalui hotline 1-300-800-018, atau emel support@presgogateways.com, atau Telegram
- Sebarang permasalahan yang berkaitan kupon, sila rujuk soalan-soalan lazim (FAQ) Pertukaran Kupon